16 May 2013

Penjelajahan dan Penerokaan Tamadun Awal

Nilaikan kepentingan penjelajahan dan penerokaan oleh Christopher Columbus , Ferdinand Magellan dan Vasco Da Gama kepada perkembangan politik dan ekonomi dunia . Konsep penjelajahan , mengikut Kamus Dewan bermaksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah (Kamus Dewan , 1990 : 485) . Manakala penerokaan bermaksud menyelidiki (untuk mengetahui sesuatu yang baru) , menjelajah , menjalani , menempuh , mengharungi (Kamus Dewan , 1990 : 1352) . Penjelajahan Christopher Columbus telah bermula pada tahun 1492M . Vasco Da Gama pada tahun 1498M dan Magellan pula bermula pada 1519M . Penjelajahan orang Eropah seperti mereka ini amat penting kepada perkembangan politik dan ekonomi dunia berbanding dengan penjelajahan yang dilakukan oleh orang - orang sebelumnya . Penemuan mereka mencetuskan dampak yang besar dan mendadak dalam mengubah keadaan politik dan ekonomi dunia . Hasil penemuan mereka bukan sahaja telah membuka laluan baru perdagangan dunia , tetapi juga membuka jalan kepada pembinaan empayar - empayar perdagangan oleh Portugis dan Sepanyol . Pada pendapat saya , peneroka adalah berbeza dengan pengembara . Hal ini demikian kerana peneroka mempunyai satu dorongan yang kuat untuk meneruskan penemuan yang baru . Tujuan mereka meneroka adalah untuk menakluk , berdagang , mengembangkan agama dan juga untuk memenuhi kehendak politik , ekonomi serta sosial . Melalui hasil bacaan saya didapati penjelajah seperti Vasco da Gama ( 1469-1524 Masihi) adalah seorang kapten tentera laut Portugis yang pertama kali membuka jalan laut untuk perdagangan antara Eropah dan Asia . Vasco da Gama dilahirkan di Sines , Provinsi Alemtejo di Portugal sekitar tahun 1469M dan meninggal di Cochin , India pada 24 Disember 1524M . Beliau ditugaskan oleh raja Portugis iaitu Raja Manuel I untuk menyiasat sama ada wujud laluan ke India dengan mengelilingi hujung selatan Afrika yang ditemui Bartholomew Diaz pada tahun 148 M . Pada tahun 1486M , Bartholomew Diaz belayar mengelilingi Tanjung Pengharapan tetapi tidak meneruskan perjalanan ke India dan hanya sampai di Afrika . Pada pendapat saya , sebab Vasco da Gama tidak meneruskan perjalanan ke India adalah kerana pada masa itu beliau ingat dunia ini rata . Kalau masih meneruskan perjalanan, kapal layar mereka akan tenggelam apabila sampai di penghujung . Sebenarnya berikutan sampainya Pedro da Covinha di India pada tahun 1487M dengan menyeberangi Laut Mediterranean dan melayari Laut Merah , orang Portugis menanam tekad untuk mencari jalan ke timur selepas membaca laporan Pedro da Cavinha yang menceritakan bagaimana beberapa buah negara kecil yang ditemuinya telah menjadi kaya hasil perdagangan mereka negara-negara tersebut dengan dunia Arab . Vasco da Gama memulakan rancangan untuk menjalinkan perdagangan dengan India dengan belayar ke Timur mengelilingi selatan Afrika .Vasco da Gama bertolak dari Lisbon dengan 4 buah kapal dan 170 orang anak kapal ke Timur pada 8 Julai 1497M . Beliau tiba di Pulau Cape Verda pada awal bulan November dan kemudian belayar ke selatan di sepanjang pantai barat Afrika dan kemudian mengelilingi Tanjung Pengharapan . Da Gama belayar ke Malindi di pantai timur Afrika . Melalui pertolongan beberapa orang Arab sebagai pemandu , mereka sampai ke pelabuhan Calicut di pantai barat daya India pada bulan Mei 1498M . Malangnya pedagang Islam tidak tertarik dengan barang dagangan Vasco da Gama dan tidak suka orang Eropah Kristian campur tangan dalam perdagangan mereka . Vasco da Gama hanya dapat membeli sedikit rempah dan barangan lain untuk dijadikan sebagai bukti yang beliau telah menemui jalan ke timur. Vasco da Gama juga mendirikan sebuah tugu batu marmar sebagai kenangan jumpaan perjalanan baru dari Eropah ke Timur Jauh . Selepas 3 bulan berada di India , Vasco da Gama kembali ke Portugal dengan 55 orang anak kapal dan disambut sebagai wira . Perjalanan pulangnya ke Portugas mengambil masa 3 bulan lebih lama dari pelayaran semasa pergi . Beliau juga dikatakan telah kembali ke Lisbon ke Calicut dengan muatan barang-barangan yang berharga enam kali ganda dari perbelanjaan angkatannya . Vasco da Gama melancarkan satu lagi ekspedisi perdagangan ke India pada tahun 1502M . Pada tahun 1524M beliau kembali ke India sebagai wizurai untuk memerintah koloni Portugal yang baru tetapi malangnya beliau meninggal dunia sejurus sampai ke situ . Pelayaran Da Gama telah membawa kepada penubuhan petempatan dan loji-loji perdagangan Portugis di India . Christopher Columbus atau Cristobal Colon (1451-1506 Masihi) adalah antara penjelajah yang terkenal tetapi penemuannya yang terbesar iaitu benua Amerika adalah secara tidak sengaja . Beliau dilahirkan pada tahun 1451M di Genoa , Itali . Dari Lisbon beliau melakukan banyak pengembaraan laut dan memperoleh kemahiran yang cemerlang sebagai ahli pelayaran . Cita-cita Columbus adalah untuk belayar ke Timur Jauh. Alasannya selalu diringkaskan dalam ungkapan, "Emas, Tuhan dan Cathay" . ‘Emas’ yang dimaksudkan ialah kekayaan yang diperoleh dengan membawa balik rempah ratus dan sutera dari China dan Jepun . ‘Tuhan’ merujuk kepada keinginan Columbus untuk menyebarkan agama Kristian di negara bukan Kristian dan menjajah tanah baru dengan nama Tuhan . Ini merupakan motif biasa dalam kalangan orang Eropah ketika itu . ‘Cathay’ adalah nama purba bagi China . Columbus begitu tertarik dengan Timur Jauh dan ingin mengetuai ekspedisi ke sana . Pada abad ke-15 kebanyakan orang berpendapat bahawa dunia ini rata . Bagi Columbus pula, dunia ini bulat . Beliau berhasrat untuk membuktikan pendapatnya dengan belayar ke arah barat merentasi Atlantik untuk pergi ke Timur seperti yang disarankan oleh peta Ptolemy dan bukan mengikut jalan biasa (dari Eropah ke selatan menyusuri pantai Afrika yang telah dilakukan oleh orang Portugis dalam mencari jalan ke Timur Jauh) .Columbus mengambil masa bertahun-tahun bagi mengumpulkan wang untuk membiayai ekspedisinya kerana ramai tidak yakin dengan kejayaan usahanya . Beliau gagal mendapat pertolongan Raja Portugis , John II tetapi akhirnya pada tahun 1492 Permaisuri Isabella dan Raja Ferdinand dari Sepanyol memberikan wang yang diperlukannya. Columbus meninggalkan Sepanyol pada bulan Ogos 1492M bersama-sama tiga buah kapal iaitu Santa Maria , Nina dan Pinta . Pada 6 September mereka belayar dari Pulau Canary ke laut lepas . Pada masa itu jarang kapal belayar jauh dari daratan sehingga pantai tidak kelihatan . Selepas belayar beberapa hari tapi pantai masih tidak kelihatan, anak-anak kapalnya ingin berpatah balik tapi Columbus memujuk mereka supaya meneruskan pelayaran . Pada 12 Oktober mereka menemui tanah daratan (Pulau Watling di Bahamas) berhampiran dengan pantai Amerika.Columbus menyangka beliau telah sampai ke Timur Jauh dan telah hampir dengan kekayaan India dan China Columbus menamakan penduduk di pulau itu sebagai ‘Indian’ dan pulau itu dinamakan ‘Indies’( setengah-setengah ahli sejarah menyatakan beliau menamakannya San Salvador) . Penduduknya berminat untuk berdagang tapi Columbus tidak menemui bukti kekayaan Timur . Walau bagaimanapun Columbus tetap yakin bahawa sasarannya telah hampir . Melalui panduan penduduk tempatan , beliau mengetuai rombongan itu untuk terus mencari Cathay dan kekayaannya . Beliau melawat Cuba yang ketika itu diberi nama La Espanola ( sekarang Hispanola) . Selepas itu iaitu pada bulan Disember beliau kembali ke Sepanyol untuk melaporkan pelayarannya . Beliau disambut sebagai wira dan dilantik sebagai gabenor pulau-pulau baru yang beliau temukan . Namun beliau tidak sesuai dengan tanggungjawab ini . Hal ini jelas apabila dalam eksepedisi-eksepedisi terkemudian beliau telah melayan peneroka-peneroka bangsa Sepanyol dengan kejam dan juga memaksa puak Indian menyerahkan emas mereka dan menghantar ramai orang Indian sebagai hamba ke Sepanyol . Columbus melancarkan 3 pelayaran lagi pada tahun-tahun 1493-1496 M, 1498-1500M dan 1502-1504M . Beliau melawati dan menamai sebilangan besar pulau di Caribbean serta juga pantai-pantai Amerika Selatan dan Tengah . Namun beliau gagal menemui timbunan emas yang diharap-harapkan dan beliau tidak pernah memahami sepenuhnya bahawa penemuannya itu bukanlah Timur Jauh . Dalam pelayaran ketiganya pada tahun 1498M , beliau ditangkap , dirantai dan dihantar pulang ke Sepanyol. Dalam pelayaran keempatnya pada tahun 1502M Ratu Isabella menugaskannya mencari selat yang mungkin menghubungkan Laut Caribbean dengan Lautan Pasifik . Ekspedisi itu gagal kerana kapal-kapal beliau rosak akibat cacing marin dan Columbus terpaksa diselamatkan dari Jamaica . Beliau kembali ke sepanyol dengan kecewa . Ferdinand Magellan (1480-1521 Masihi) merupakan penjelajah pertama yang mengelilingi dunia . Beliau merupakan seorang ahli aristokra Portugis dan ahli pelayaran berpengalaman yang pernah mengiringi Alfonso de Albuquerque ke Asia Tenggara pada tahun 1511M . Beliau telah membuat beberapa pelayaran untuk mencari jalan perdagangan bagi kerajaan Portugis tetapi apabila berselisih faham dengan raja Portugis , beliau belayar bagi pihak Sepanyol . Kerajaan Sepanyol ingin mencari jalan perdagangan ke timur dan menuntut sebahagian Pulau Maluku (Pulau Rempah) mengikut Persetiaan Tordesillas (perjanjian antara Portugis dan Sepanyol pada tahun 1494M untuk mengelak pergaduhan antara kedua-duanya dalam usaha mencari tanah jajahan) . Magellan percaya beliau boleh sampai ke Pulau Maluku dengan belayar ke arah barat , mengelilingi hujung bahagian selatan Amerika , tanpa mengikut jalan laut Portugis ke timur yang mengelilingi Afrika . Raja Sepanyol bersetuju untuk membiayai pelayarannya . Pada bulan September 1519M Magellan meninggalkan Sepanyol bersama-sama 270 orang dan 5 buah kapal iaitu Trinidad , San Antonio , Concepcion , Victoria dan Santiago . Kapal ini membawa banyak barang dagangan tetapi tidak membawa barang makanan yang mencukupi kerana Magellan tidak pandai menganggar jarak pelayaran . Kapal ini menyeberangi Lautan Atlantik dan berhenti seketika di Pulau Canary . Kemudian mereka belayar ke Brazil dan menyusur turun pantai timur Amerika Selatan . Magellan menghadapi banyak masalah seperti makanan yang tidak mencukupi, cuaca buruk, dan pemberontakan orang-orangnya . Beliau meneruskan lagi pelayarannya melalui satu selat yang sempat (kemudian dinamakan Selat Magellan) di selatan Amerika Selatan . Dari situlah mereka menemui jalan ke Pasifik. Mereka telah berjaya membuktikan bahawa ada jalan ke Timur melalui Amerika Selatan . Setelah mengambil bekalan makanan di Pulau Marshall , mereka meneruskan pelayaran ke Filipina . Di situ Magellan terlibat dalam satu pergaduhan dengan ketua tempatan . Beliau dan 40 orangnya telah terbunuh . Anggota ekspedisi yang terselamat meneruskan pelayaran di bawah arahan Kaptan Juan Sebastian de Cano.Dengan anak kapal seramai 115 orang mereka telah sampai ke Pulau Maluku pada tahun 1521M . Di situ mereka membeli rempah ratus yang memang menjadi matlamat utama mereka. Akhirnya hanya sebuah kapal sahaja dari 5 buah kapal yang melakukan pelayaran selamat sampai ke Sepanyol melalui Lautan Hindi dan mengelilingi tanjung di selatan Afrika pada tahun 1522M dengan membawa hanya 18 orang anak kapal setelah mengelilingi dunia selama 3 tahun . Penemuan Columbus , Da Gama dan Mangellan memulakan pertapakan kepentingan ekonomi kuasa-kuasa Barat di Amerika dan Asia . Penemuan Da Gama dan Columbus menjadi titik permulaan proses pemindahan kekayaan dari Amerika dan Asia ke benua Eropah . Misalnya , kepulangan Da Gama ke Portugal pada tahun 1498M membawa satu kargo rempah yang dapat dijual dengan memperolehi pendapatan lebih 60 kali ganda dari kos penjelajahannya setelah dua buah kapalnya ditenggelamkan olah musuh .Selepas tahun 1505M , secara purata dua belas buah kapal setahun bertolak dari Lisbon ke Timur Jauh . Portugis menjadi pengasas kepada kewujudan jaringan perdagangan Eropah . Kekayaan dari Timur mula mengalir ke benua itu . Columbus pula menemui sebuah benua yang kaya dengan logam berharga . Selepas menjelajah kali kedua ke benua itu , emasa dan perak mencurah masuk ke perbendaharaan Sepanyol . Jumlahnya lebih besar lagi sekiranya dicampur emas dan perak yang dibawa masuk melalui penyeludupan .Selain logam berkenaan , Eropah juga membawa masuk beberapa jenis tanaman yang mula mengguan kualiti pemakanan orang Eropah . Ini menyebabkan jumlah penduduk di Eropah semakin bertambah . Sepanyol muncul sebagai negara yang kaya di Eropah . Emas digunakan sebagai alat pertukaran untuk mendapatkan barangan dari luar . Melalui Sepanyol , emas dan perak dari benua Amerika tersebar secara meluas di benua Eropah . Ini menyebabkan pada abad ke-16 , Eropah bukan sahaja mual mengalami revolusi perdagangan , tetapi juga dilanda revolusi harga . Penemuan jalan baru ke timur dan kemasukan emas dan perak dari Amerika serta pembukaan koloni di sana mula mengubah kedudukan perdagangan di Eropah . Pusat perkembangannya tidak lagi tertumpu di Mediterranean , tetapi telah beralih ke Lautan Atlantik . Dalam abad ke-16 Masihi , Portugal dan Sepanyol muncul sebagai kuasa perdagangan utama di Eropah . Pusat dan kegiatan perdagangan juga tumbuh pesat . Kaedah menjalankan perdagangan turut berubah . Organisasi kewangan seperti insurans dan bank tumbuh sebagai cendawan . Sacara ringkasnya , penemuan Columbus dan Da Gama mengubah Eropah menjadi pusat perdagangan dan berhubung kegiatan perdagangan antara Asia , Afrika dan kuga Amerika . Emas dan Perak yang masuk dengan banyak menyebabkan aliran wang dalam pasaran di Eropah meningkat secara mendadak . Revolusi perniagaan dan revolusi harga menjadi perangsang kepda kemajuan perdagangan dan perindustrian di benua Eroapah . Dua revolusi ini membawa keuntungan yang besar kepada para saudagar dan pengeluar . Keuntungan tersebut dilaburkan semula bagi menambahkan lagi kekayaan mereka . Perkembangan yang berlaku itu membawa kepada munculnya golongan pemodal dan bertapaknya sistem ekonomi Kapitalisme di Eropah . Raja-raja Eropah juga mendapat faedah . Dengan kerjasama para saudagar , satu demi satu pembesar feudal yang menerima kesan teruk akibat kenaikan harga dapat dikalahkan . Kekalahan mereka membolehkan raja-raja Eropah mengukuhkan lagi sistem negara kebangsaan . Hasil kerjasama dua belah pihak itu meyebabkan semakin banyak kapal-kapal perdagangan Eropah menjelajahi Asia dan Afrika . Kapal-kapal ini membawa hamba dari Afrika untuk berkerja di ladang-ladang pemodal Eropah di Amerika . Kerajaan-kerajaan negara kebangsaan di Eropah memberi sokongan kuat kepada perkembangan teknologi persenjataan dan perkapalan . Kejayaan meningkatkan teknologi baru . Eropah memajukan kapal perang menyebabkan Lautan Hindi dan Lautan Atlantik dimonopoli oleh kuasa-kuasa Eropah . Saudagar-saudagar Islam yang rnenguasai perdagangan di Lautan Hindi tidak dapat berfungsi lagi . Tempat-tempat mereka diambil alih oleh saudagar dari Portugal , Sepanyol , Inggeris dan Belanda . Bermula sejak abad ke-16 , Eropah mula mengatasi Asia dari segi kemajuan dan penguasaan ke atas kekayaan dunia . Keadaan ini membuka laluan kepada kernunculan Eropah sebagai negara kaya dan menjadi titik permulaan kepada kernunduran Asia , Afrika dan Latin Amerika . Matlamat utama kuasa Barat berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi penjelajahan dan penerokaan adalah untuk mendapat kekayaan (gold), kemegahan (glory) dan keagamaan (gospel) . Kepentingan orang Eropah meneroka dan menjelajah ialah untuk memecahkan monopoli perdagangan Orang Islam . Orang Eropah memerlukan barang-barang dari Timur seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapas . Perdagangan rempah dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Itali yang mengaut keuntungan besar dengan menjual barang-barang tersebut pada harga yang tinggi . Keadaan ini mendorong negara-negara Eropah khususnya Portugal dan Sepanyol mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barang-barang tersebut pada harga yang murah . Perdagangan antara Eropah dan Islam telah memaksa orang-orang Eropah membuat penjelajahan dan penerokaan untuk memecahkan monopoli perdagangan Islam. Contohnya, ekspedisi Portugal pimpinan De Squira datang ke Alam Melayu untuk memecahkan perdagangan rempah orang-orang Islam . Penjelajahan dan penerokaan juga penting dalam perkembangan kapitalisme dan merkantalisme . Perkembangan ini menggalakkan kegiatan pengumpulan modal hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan . Raja-raja negara bangsa mempelopori perkembangan kapitalisme dengan tujuan mengaut kekayaan dan mengukuhkan kedudukan mereka . Perkembangan ini menyebabkan negara-negara bangsa mengamalkan dasar ekonomi merkantalisme yang menekankan dasar mengumpul kekayaan dan mengaut keuntungan melalui pelaburan di kawasan-kawasan baru . Contohnya , pelayaran Da Gama membuktikan terdapat kawasan lain di dunia yang mempunyai banyak barang dagangan seperti rempah ratus yang dikehendaki oleh masyarakat Eropah . Pelayar bangsa Eropah mempunyai tradisi penerokaan sejak zaman Yunani iaitu sekitar abad ke-8 M lagi . Pelayaran hanya menjadi pesat pada Zaman Moden iaitu pada abad ke-15 M dengan kemunculan negara-negara bangsa seperti England , Sepanyol dan Perancis . Dengan itu muncul pelayar-pelayar terkenal di negara Portugal , Sepanyol dan England . Contoh tokoh pelayaran Barat ialah Vasco da Gama, Ferdinand Mangellan , Christopher Columbus dan Marco Polo . Mereka telah melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan untuk tujuan ekonomi dan politik . Pelayaran ke seberang laut pada Zaman Moden pada mulanya dipelopori oleh Portugal di bawah galakkan Putera Henry . Pada pendapat saya , motif Portugal membuat pelayaran dan meneroka ke seberang laut adalah untuk menyebar Agama Kristian . Contohnya , orang-orang Barat seperti Vasco da Gama telah menyebarkan agama Kristian di Afrika dan Christopher Columbus ke Amerika Selatan . Pelayaran membolehkan orang barat mengkaji dan menilai perkembangan tamadun di kawasan baru khususnya ilmu pelayaran dan geografi bagi mengetahui teknik pelayaran dan penggunaan kompas bagi pelayaran .Contohnya , Perang Salib memberi peluang kepada orang Eropah mempelajari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti astronomi, geometri, matematik, sains dan perubatan dari dunia Islam . Keadaan ini melahirkan bangsa Eropah yang berfikiran terbuka dan mengamalkan gaya hidup baru iaitu suka bersiar-siar dan belayar . Perang Salib juga membuka Eropah kepada dunia Timur . Mereka mahu menguasai perdagangan rempah di Timur daripada saudagar Arab . Oleh sebab itu , saya berpendapat bahawa orang barat belayar untuk meneroka bagi menambahkan pengetahuan . Kesimpulan , tidak syak lagi, penjelajahan dan penemuan Columbus , Da Gama dan Mangellan mencetuskan impak yang amat besar ke atas kehidupan manusia . Ia bukan sahaja telah berjaya metransformasikan ekonomi dan politik di Eropah , malahan juga ekonomi dan politik di seluruh dunia . Refleksi : Saya , Chin Hui Hui , pelajar dari kumpulan PPISMP F3B telah menyiapkan kerja kursus Ketamadunan Manusia saya yang bertajuk “ Nilaikan kepentingan penjelajahan dan penerokaan oleh Christopher Columbus , Ferdinand Mangellan dan Vasco Da Gama kepada perkembangan politik dan ekonomi dunia ” dengan jayanya . Pada mulanya , saya menghadapi sedikit masalah dengan tajuk tersebut . Apabila saya menerima tugasan bagi subjek Ketamadunan Manusia , saya agak keliru tentang kehendak soalan dan tidak memahami dengan apa yang dimaksudkan tentang tajuk yang dipilih . Saya berasa begitu bimbang dan amat tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang subjek Ketamadunan Manusia terlalu sedikit . Namun demikian, cabaran dan halangan ini masih tidak dapat mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik , saya masih berusaha untuk cuba memahami dengannya . Saya telah mengambil banyak langkah dan membuat kajian supaya dapat lebih memahami dengan tajuk itu . Saya mendapat penjelasan daripada pensyarah saya , iaitu Doktor Malar . Beliau telah menjelaskan sedikit demi sedikit . Saya bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui buku rujukan , jurnal dan juga sumber internet . Di sini saya dapat mencari maklumat tentang 3 penjelajah ini iaitu Christopher Columbus , Ferdinand Mangellan dan Vasco Da Gama . Ketiga-tiga penjelajah ini telah membawa perkembangan yang besar dari segi politik dan ekonomi Dunia . Mereka telah meneroka dan membawa perubahan kepada Eropah dan juga Asia . Saya telah banyak menghabiskan masa di perpustakaan IPG dan mendapatkan buku rujukan dari para pensyarah supaya boleh mendapatkan maklumat tambahan . Selain itu , saya telah dapat mempelajari kemahiran menganalisis , membanding dan memapar maklumat secara tersusun . Selain di perpustakaan , saya juga berusaha mencari maklumat yang berkaitan melalui internet . Sebagai buktinya , saya mendapatkan maklumat yang dipilih sebagai panduan dalam tugasan melalui beberapa jurnal atau artikel . Kaedah ini dapat menjimatkan masa walaupun pemilihan artikel tidak harus dipandang ringan kerana artikel itulah yang akan memberikan sedikit sebanyak maklumat dan penting yang dapat diaplikasikan dengan tajuk yang dikehendaki . Kemahiran menganalisis , membanding beza maklumat telah saya gunakan dalam menghasilkan esei yang lengkap berdasarkan tajuk yang telah saya pilih. Pada masa inilah , pemikiran yang tinggi perlu diaplikasikan kerana terdapat banyak konsep tamadun yang perlu difahami dan ini membuatkan saya agak keliru walaupun telah banyak membuat analisis berkaitan maklumat yang dikumpul . Walaubagaimanapun, saya masih terus juga berusaha mencari maklumat dan idea yang bernas untuk menghasilkan esei yang menunjukkan kefasihan bahasa, Kebanyakkan maklumat dari internet adalah dalam Bahasa Inggeris . Namun begitu , saya telah membaca kandungan tersebut dan memahami teks yang disampaikan . Saya cuba untuk menterjemahkan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu mengikut kefahaman sendiri . Dalam proses ini , saya berasa agak susah dan mencabar minda saya . Namun begitu , saya masih berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi tugasan ini . Melalui kajian yang dibuat , banyak ilmu pengetahuan yang dapat saya perolehi melalui Buku Tamadun Dunia dan juga jurnal tentang latar belakang 3 penjelajah ini . Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang dapat saya serapkan pada diri saya dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah di sekolah nanti . Saya dapat memahami tentang sumbangan yang 3 penjelajah ini dalam kemajuan dan pembangunan negara pada masa tersebut . Di samping itu , saya mendapati semangat bekerjasama dan berinteraksi adalah penting semasa tugasan ini dijalankan . Melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara saya dengan Doctor Malar semakin rapat . Saya dapat berkomunikasi dengan pensyarah saya dengan baik . Semasa saya menghadapi sebarang masalah dengan tajuk saya , saya mesti akan minta tunjuk ajar dari beliau . Saya mendapat tahu bahawa sikap toleransi, bekerjasasama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat ditingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini . Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami . Pengalaman yang saya perolehi ini mesti akan gunakan apabila saya mengajar kelak . Pengalaman berinteraksi antara Doctor Malar dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi . Melalui peluang ini , saya dapat melatih diri saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti dan berjaya dari semua segi . Sikap rendah diri amat penting dalam proses berkomunikasi ini . Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan . Saya akan berusaha untuk mengubah sebarang sikap yang tidak baik dari diri saya dan menyerap pengajaran yang diberi oleh pensyarah dan juga rakan saya . Sebenarnya , saya mendapati subjek Ketamadun Manusia ini juga boleh menjadi satu pelajaran yang menarik jika guru pandai menggunakan teknik yang sesuai . Guru boleh mengumpul maklumat terlebih dahulu sebelum mengajar murid-murid . Banyak perkara menarik boleh dipelajari oleh murid-murid . Guru perlu menggunakan kepakarannya untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid . Murid-murid perlu dilibatkan secara aktif untuk mengambil bahagian di dalam proses pembelajaran di dalam kelas . Sebagai contohnya , jikalau saya adalah guru yang mengajar tajuk yang saya buat sebagai esei ini di sekolah kelak , saya boleh menyuruh murid-murid untuk mengumpul maklumat yang berkenaan terlebih dahulu . Selepas itu , di dalam kelas , mereka boleh memperlakonkan 3 watak penjelajah iaitu Christopher Columbus , Ferdinand Mangellan dan Vasco Da Gama . Dalam proses ini , murid-murid boleh menjelaskan sumbangan yang 3 penjelajah ini berikan kepada masa dahulu dan seterusnya membawa perkembangan politik dan ekonomi dunia . Dengan cara ini , barulah murid-murid dapat ingat dengan jelas tentang sumbangan mereka . Apa yang paling penting ialah semoga segala pengetahuan yang saya peroleh ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai bakal guru kelak . Setelah saya membuat dan mengumpul pencarian maklumat , saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada murid-murid . Dalam proses ini , saya juga mula sedar dengan kepentingan subjek Ketamadunan Manusia . Sebenarnya ,sebagai seorang guru , kita perlu betul-betul memahaminya barulah dapat menyampaikan maklumat yang tepat kepada murid-murid . Saya berharap saya dapat melaksanakan tugas sebagai seorang guru dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna dari semua segi .

30 July 2012

Latihtubi 1

Soalan latihan pengukuhan

1. Bagaimanakah  sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w  telah membantu dalam penyebaran
    agama Islam di Mekah?

2.  Perincikan pembaharuan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang politik,
     ekonomi dan sosial selepas kedatangan agama Islam

3.  Huraikan kepentingan Perjanjian Aqabah 1 dan Perjanjian Aqabah 2 dalam penyebaran agama
     Islam

4.  Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. apabila tiba di Madinah

5.  Pada pandangan anda adakah Piagam Madinah mampu menyatupadukan masyarakat Auz, Khazraj
    dan Yahudi di Madinah?

25 July 2012

Pelayaran dan Penjelajahan Dunia : Vasco Da Gama




Vasco Da Gama

Vasco da Gama (IPA: ['vaʃku dɐ 'gɐmɐ] (Sines atau Vidigueira, Alentejo, Portugal, sekitar 1469 – 24 Desember 1524 di Kochi, India) adalah seorang penjelajah berkebangsaan Portugis, yang menemukan jalur jalan laut langsung dari Eropa ke Malabar, India dengan melakukan penjelajahan laut mengelilingi Afrika.Da Gama ditugasi oleh Raja Manuel I dari Portugal untuk mencari negeri-negeri Kristen di benua Timur (Baginda, seperti banyak orang Eropa lainnya, mengira bahwa India adalah Kerajaan Kristen dari Prester John), dan untuk mendapatkan akses Portugis ke pasar komersial di benua Timur. Da Gama memperluas penjelajahan laut dari pendahulunya Bartolomeu Dias, yang pertama mengelilingi Tanjung Harapan di Afrika pada 1488, yang berpuncak dengan penjelajahan laut Portugis yang didukung oleh sekolah pelayaran dari Henrique sang Navigator.

Pelayaran da Gama berhasil membangun jalan lautan dari Eropa ke India yang memungkinkan perdagangan dengan Timur Jauh, tanpa menggunakan rute kafilah Jalur Sutera yang mahal dan tidak aman, antara Timur Tengah dan Asia Tengah. Namun, pelayaran ini juga terhambat oleh kegagalannya untuk membawa barang-barang yang menarik bagi bangsa-bangsa di Asia Kecil dan India. Rute ini penuh bahaya:hanya 54 dari 170 kelasi, dan dua dari empat kapal, yang kembali ke Portugal dengan selamat pada 1499. Namun demikian, pelayaran pertama da Gama langsung menghasilkan era dominasi Eropa selama ratusan tahun melalui kekuatan laut dan perdagangan, dan kolonialisme Portugis selama 450 tahun di India yang menghasilkan kekayaan dan kekuasaan bagi takhta Portugal.

Eksplorasi sebelum Da Gama

Sejak awal abad ke-15, sekolah pelayaran Henrique sang Navigator telah memperluas pengetahuan Portugal tentang garis pantai Afrika. Dari tahun 1460-an, tujuannya adalah mengeliling ujung selatan benua itu untuk mendapatkan akses yang lebih mudah kepada kekayaan India (terutama lada hitam dan bumbu-bumbu lainnya) melalui rute laut yang dapat diandalkan.Ketika da Gama berusia 10 tahun, rencana-rencana jangka panjang ini mulai menghasilkan buah. Bartolomeu Dias telah kembali dari perjalanan mengelilingi Tanjung Harapan, setelah menjelajahi hingga Fish River (Rio do Infante) di Afrika Selatan sekarang, dan memverifikasikan bahwa pantai yang tidak dikenal itu merentang hingga ke timur laut.

Eksplorasi darat yang berlangsung pada waktu yang sama pada masa pemerintahan João II dari Portugal mendukung teori bahwa India dapat dijangkau lewat laut dari Samudera Atlantik. Pêro da Covilhã dan Afonso de Paiva diutus melalui Barcelona, Napoli, dan Rhodes, ke Alexandria, dan dari sana ke Aden, Hormuz, dan India, yang membuktikan bahwa teori ini dapat diandalkan.

Masih tersisa untuk seorang penjelajah membuktikan jalur antara penemuan Dias dan Pero da Covilha serta De Paiva, dan menghubungkan pecahan-pecahan terpisah itu ke jalur perdagangan yang mungkin menguntungkan ke Samudera Hindia. Tugas yang awalnya dibebankan pada ayah Da Gama itu ditawarkan ke Vasco oleh Manuel I atas daya catatannya melindungi stasiun perdagangan Portugis sepanjang Pantai Emas Afrika dari pemusnahan oleh Perancis.

Mereka tiba di India pada 20 Mei 1498. Kadang-kadang terjadi perundingan yang sengit dengan penguasa setempat (biasanya diinggriskan menjadi Zamorin), menghasilkan Wyatt Enourato, dalam perlawanan dari para pedagang Arab. Akhirnya da Gama berhasil memperoleh sebuah surat yang ambigu berisi konsesi untuk hak-hak perdagangan, namun ia harus berangkat tanpa peringatan setelah Zamorin memaksa agar da Gama meninggalkan semua barangnya sebagai kolateral. Da Gama mempertahankan barang-barangnya, tetapi meninggalkan beberapa orang Portugis dengan perintah memulai sebuah pos perdagangan.

Paulo da Gama meninggal di Azores dalam perjalanan pulang, tetapi ketika Vasco da Gama kembali ke Portugal pada September 1499, ia mendapatkan hadiah yang sangat besar sebagai orang yang berhasil mewujudkan rencana yang telah disusun selama 80 tahun. Ia mendapatkan gelar "Admiral Samudera Hindia", dan hak-hak feodal atas Sines dikukuhkan. Ia juga dianugerahi gelar Dom (count) oleh Manuel I.Pelayaran da Gama membuktikan terdapat kawasan lain di dunia yang mempunyai banyak barang dagangan seperti rempah ratus yang dikehendaki oleh masyarakat Eropah.








Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba

Selamat sejahtera dan salam perpaduan. Nota Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba akan membantu anda untuk ulangkaji serta membuat tugasan yang saya berikan untuk pembentangan.https://docs.google.com/presentation/d/1_IPzaheTkeUz6eQV0xPHYzMX5DntUMdh58hDTrzVQYQ/edit#slide=id.p14

23 July 2012

Salam sejahtera dan Salam satu perpaduan.
Nota ini khusus untuk pelajar-pelajar F3A dan F3B bagi tajuk tamadun dunia.

Pembentukan Tamadun